Wednesday, May 6, 2009

ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA



Rabu- 6 April 2009
MERDEKA! MERDEKA!
Kami berterima kasih kepada Dr Hj Othman b Sadikin(KPP JNJK dari KPM), En. Mohamad Hizam Ibrahim
(PP JNJK dari Putrajaya) dan S.T Arazu (JNJK dari Negeri Sembilan) kerana sudi datang kesekolah kami. Kedatangan tuan-tuan amat kami hargai.
Kami telah menanti kedatangan mereka selama 3 bulan dan sepanjang tempoh masa itulah kami berada dalam debaran. sepanjang 3 bulan pelbagai persaipan kami lakukan agar sekolah kami mendapat sentiasa diingati oleh pemantau.
Tidak dapat digambarkan perasaan yang bercampur- baur serta tekanan kerja yang menghantui kami para guru sepanjang tempoh 3 bulan tersebut. Kami terpaksa bergelut dengan pelbagai kerja pengkeranian dan pengurusan seperti sistem fail, pelbagai jenis rekod, pelbagai jenis laporan dan macam-macam lagi. disamping itu juga kami terpaksa menumpukan perhatian terhadap pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
Dengan bilangan guru yang sedikit kami berhempas pulas menyiapkan tugasan, kerana setiap guru dipertanggungjawabkan dengan 4-5 tugasan yang berat. Alhamdulillah akhirnya penantian kami berakhir dengan kehadiran 3 orang pemantau pada hari ini.iklim disekitar sekolah kembali pulih dan semua guru kembali tenang.
kami menantikan berita gembira daripada jemaah nazir yang hadir pada hari ini.
SEMOGA USAHA KAMI BERBALOI.
SEKIAN....

Tuesday, May 5, 2009

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

•Sekolah Kebangsaan Felda Inas merupakan sekolah yang telah dibina di kawasan LKTP bagi menempatkan anak-anak peneroka Felda Inas dan kawasan yang berhampiran dengannya.
•Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 1 Januari 1984 dan dikenali sebagai SK.LKTP Sungai Inas serta menyediakan infrastruktur sekolah yang terdiri daripada bangunan 2 blok dan kantin. Luas kawasan sekolah ini adalah 4.2 hektar. Kemudian sekolah ini telah ditukarkan namanya kepada SK. Felda Inas. Lokasinya terletak berhampiran dengan Bandar-bandar seperti berikut :

• Kulai 45 km : Kota Tinggi 52 km : Kluang 65 km



•Di peringkat awal pembukaannya, sekolah ini menerima seramai 211 orang murid dan 5 orang guru. Jawatan Guru Besar pertama di sekolah ini telah disandang oleh Tn. Hj. Ismail b. Hj. Masom yang telah berkhidmat dari 1 Januari 1984. Pada tahun 1995, sebuah blok bangunan baru telah dibina.
•Hingga kini, sekolah ini mempunyai murid seramai 138 orang dan 20 orang guru. Sekolah ini juga telah dilengkapi oleh Makmal Komputer, Kelas Pemulihan Khas, Kelas Pendidikan Khas, Kelas Prasekolah, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup dan Kelas Tahun 1 hingga Tahun 6.