Wednesday, May 20, 2009

HARI GURU 2009

18 MEI 2009


Sambutan diteruskan dengan acara rasmi.... Bacaan perutusan Menteri Pelajaran oleh Pn. Marhamah bt Jais. Perutusan daripada Pengarah Pelajaran Malaysia oleh En Ibnuhajar b Mat Taha. Ucapan YDP PIBG oleh En. Aziz b Ahmad, Ucapan Murid oleh Adik Ruzaini b Sazali.






Seterusnya adalah bacaan ikrar guru serta nyanyian lagu tema "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" dan lagu GURU MALAYSIA.










Acara dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada setiap kelas...

dan diakhiri oleh penyampaian hadiah...

SAMBUTAN HARI GURU 2009


18 Mei 2009


7.30 pagi


Sambutan Hari Guru dimulakan dengan acara Marathon. Semua guru dan murid mengambil bahagian.

CiKgu Halim dan Cikgu Hisham begitu obses untuk memenangi acara ini.



Acara yang seterusnya adalah mengisi air dalam botol....... guna straw..... wah wah wah.... tekunye cikgu-cikgu nie... sampai tak bagi chances kat orang blakang.









Acara untuk murid, mencari gula-gula dalam tepung....

walaupun muka da putih da.... emmm yang penting mereka gembira.



















Wednesday, May 13, 2009

13 Mei 2009 -Rabu
Mesyuarat BKGK sempena sambutan hari guru 2009 dan Hari Keluarga 2009....

Tuesday, May 12, 2009

Jom Minum Milo

13 Mei 2009- Happynya murid-murid..... maklumlah semua dapat minum milo sepuas-puasnya... Terima Kasih Pihak Nestle kerana sudi datang ke sekolah kami....

Monday, May 11, 2009

Tabungan Sekolah

12 Mei 2009- Pihak Bank Simpanan Nasional Sayong telah datang untuk menggalakkan murid membuka akaun simpanan dan menabung. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Ramai murid membuka akaun dan menambah simpanan mereka.
Semoga Amalan Menabung Ini Sentiasa menjadi Amalan murid-murid dan juga Guru-guru sekalian.

Sekian

Pemeriksaan Kesihatan



11 Mei 2009- Semua guru dan kakitangan SK Felda Inas telah membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma. Pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jakson sdn. bhd. Mereka telah datang ke sekolah jam 1.00 tengahari. Nampaknya semua guru dan kakitangan amat mengambil berat tentang kesihatan mereka.




Guru Besar sedang mendengar penerangan daripada pemeriksa.





Marilah sama-sama menjaga kesihatan supaya dapat terus berkhidmat dengan cemerlang.


Wednesday, May 6, 2009

LAWATAN INTEGRASI KECEMERLANGAN DAN MOTIVASI

Tarikh: 25 April 2009


Tempat-tempat yang dilawati:
· Penjara Kluang
· SM Sains Johor, Kluang
· Ayer Hitam
· Tropical Village Ayer Hitam.
SM SAINS JOHOR KLUANG

TROPICAL VILLAGE AYER HITAM

Murid bertolak dari sekolah pada jam 7.40 pagi. Seramai 34 orang murid dan 6 orang yang menyertai lawatan ini. Lawatan ini juga turut disertai oleh murid dari SK Sayong Pinang.

Destinasi yang pertama adalah Penjara Kluang Johor. Disini murid diberi taklimat ringkas mengenai sebab-sebab berlakunya jenayah.
PENJARA KLUANG
Taklimat ini disampaikan oleh En. Zafrin. Selepas taklimat, murid dibawa ke galeri untuk melihat hasil seni yang sihasilkan oleh banduan-banduan di situ. Lawatan ke sini memberi keinsafan kepada murid kerana murid turut ditontonkan dengan gambar-gambar hukuman yang dilaksanakan di penjara tersebut.
Selepas selesai sesi lawatan dan motivasi. Kami menikmati makan tengahari yang disediakan oleh dewan makan. Makanan yang dihidangkan sungguh menyelerakan dan murid-murid kelihtan gembira kekenyangan.
Sementara murid-murid melawat sekitar sekolah. Guru-guru pula diberi taklimat ringkas di bilik kaunseling.
Destinasi yang kedua ialah SM Sains Johor. Kami tiba di sekolah ini pada jam 10.30 pagi. Kami disambut mesra oleh En. Hazizi kaunseling sekolah tersebut dengan penuh mesra.
Selepas taklimat ringkas, murid-murid dipecahkan dalam 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan di temani oleh seorang PRS dari sekolah itu. Murid-murid di bawa melawat kesekitar kawasan sekolah dan asrama. Sambil melawat ke kawasan sekitar murid-murid diberi motivasi oleh PRS yang mengirinyi mereka.
Pelbagai aktiviti menarik kami lakukan semasa berada di Tropical Village Ayer Hitam. Antaranya berjalan disekitar monumen atau landmark yang berada diseluruh dunia. Kemudian kami menaiki keretapi, rumah hantu, rumah UFO, rumah cermin dan yang paling seronok ialah menaiki bot laju.
Kami singgah di Masjek Jamek Sri Lalang untuk solat Zohor.




REFLEKSI

Lawatan integrasi kecemerlangan dan motivasi ini telah memberi peluang kepada murid melihat dan
merasai suasana di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Juga telah memberi semangat spiritual
kepada murid-murid agar belajar bersungguh-sungguh untuk memasuki SBP dan menjadi
pemimpin yang berjaya. Aktiviti ini juga Memberi peluang kepada murid untuk mewujudkan
hubungan integrasi dengan murid daripada sekolah lain.