Wednesday, May 6, 2009

LAWATAN INTEGRASI KECEMERLANGAN DAN MOTIVASI

Tarikh: 25 April 2009


Tempat-tempat yang dilawati:
· Penjara Kluang
· SM Sains Johor, Kluang
· Ayer Hitam
· Tropical Village Ayer Hitam.
SM SAINS JOHOR KLUANG

TROPICAL VILLAGE AYER HITAM

Murid bertolak dari sekolah pada jam 7.40 pagi. Seramai 34 orang murid dan 6 orang yang menyertai lawatan ini. Lawatan ini juga turut disertai oleh murid dari SK Sayong Pinang.

Destinasi yang pertama adalah Penjara Kluang Johor. Disini murid diberi taklimat ringkas mengenai sebab-sebab berlakunya jenayah.
PENJARA KLUANG
Taklimat ini disampaikan oleh En. Zafrin. Selepas taklimat, murid dibawa ke galeri untuk melihat hasil seni yang sihasilkan oleh banduan-banduan di situ. Lawatan ke sini memberi keinsafan kepada murid kerana murid turut ditontonkan dengan gambar-gambar hukuman yang dilaksanakan di penjara tersebut.
Selepas selesai sesi lawatan dan motivasi. Kami menikmati makan tengahari yang disediakan oleh dewan makan. Makanan yang dihidangkan sungguh menyelerakan dan murid-murid kelihtan gembira kekenyangan.
Sementara murid-murid melawat sekitar sekolah. Guru-guru pula diberi taklimat ringkas di bilik kaunseling.
Destinasi yang kedua ialah SM Sains Johor. Kami tiba di sekolah ini pada jam 10.30 pagi. Kami disambut mesra oleh En. Hazizi kaunseling sekolah tersebut dengan penuh mesra.
Selepas taklimat ringkas, murid-murid dipecahkan dalam 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan di temani oleh seorang PRS dari sekolah itu. Murid-murid di bawa melawat kesekitar kawasan sekolah dan asrama. Sambil melawat ke kawasan sekitar murid-murid diberi motivasi oleh PRS yang mengirinyi mereka.
Pelbagai aktiviti menarik kami lakukan semasa berada di Tropical Village Ayer Hitam. Antaranya berjalan disekitar monumen atau landmark yang berada diseluruh dunia. Kemudian kami menaiki keretapi, rumah hantu, rumah UFO, rumah cermin dan yang paling seronok ialah menaiki bot laju.
Kami singgah di Masjek Jamek Sri Lalang untuk solat Zohor.




REFLEKSI

Lawatan integrasi kecemerlangan dan motivasi ini telah memberi peluang kepada murid melihat dan
merasai suasana di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Juga telah memberi semangat spiritual
kepada murid-murid agar belajar bersungguh-sungguh untuk memasuki SBP dan menjadi
pemimpin yang berjaya. Aktiviti ini juga Memberi peluang kepada murid untuk mewujudkan
hubungan integrasi dengan murid daripada sekolah lain.

No comments:

Post a Comment