Wednesday, May 6, 2009

ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA



Rabu- 6 April 2009
MERDEKA! MERDEKA!
Kami berterima kasih kepada Dr Hj Othman b Sadikin(KPP JNJK dari KPM), En. Mohamad Hizam Ibrahim
(PP JNJK dari Putrajaya) dan S.T Arazu (JNJK dari Negeri Sembilan) kerana sudi datang kesekolah kami. Kedatangan tuan-tuan amat kami hargai.
Kami telah menanti kedatangan mereka selama 3 bulan dan sepanjang tempoh masa itulah kami berada dalam debaran. sepanjang 3 bulan pelbagai persaipan kami lakukan agar sekolah kami mendapat sentiasa diingati oleh pemantau.
Tidak dapat digambarkan perasaan yang bercampur- baur serta tekanan kerja yang menghantui kami para guru sepanjang tempoh 3 bulan tersebut. Kami terpaksa bergelut dengan pelbagai kerja pengkeranian dan pengurusan seperti sistem fail, pelbagai jenis rekod, pelbagai jenis laporan dan macam-macam lagi. disamping itu juga kami terpaksa menumpukan perhatian terhadap pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
Dengan bilangan guru yang sedikit kami berhempas pulas menyiapkan tugasan, kerana setiap guru dipertanggungjawabkan dengan 4-5 tugasan yang berat. Alhamdulillah akhirnya penantian kami berakhir dengan kehadiran 3 orang pemantau pada hari ini.iklim disekitar sekolah kembali pulih dan semua guru kembali tenang.
kami menantikan berita gembira daripada jemaah nazir yang hadir pada hari ini.
SEMOGA USAHA KAMI BERBALOI.
SEKIAN....

1 comment: